Sunday, 12 March 2017

          AKTIVITI :  MENGKAJI CORAK DAN ARAH MEDAN MAGNET
*Apabila arus mengalir melalui suatu konduktor, suatu medan magnet dihasilkan di sekeliling konduktor itu.

*Corak medan magnet yang terhasil bergantung kepada bentuk konduktor. Corak medan magnet diwakili oleh garis medan magnet.

*Semakin rapat garis-garis medan magnet menunjukkan semakin tinggi kekuatan medan magnet yang terbentuk.

*Arah medan magnet bergantung kepada arah arus yang mengalir dalam konduktor itu. Arah medan magnet yang terhasil ini dapat ditunjukkan oleh arah pesongan jarum kompas yang diletakkan disekitar konduktor itu.

*Bagi konduktor dawai lurus, arah medan magnet ditentukan menggunakan PETUA GENGGAMAN TANGAN KANAN.


            

No comments:

Post a Comment