Sunday 26 March 2017

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik

Banyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang tidak betul. Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon dioksida haruslah digunakan. 

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik
Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik



Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik
1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah
2. Menyentuh suis dengan tangan basah
3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket
4. Penebat kabel koyak
5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa


Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik
Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa


Langkah Keselamatan Dalam Litar
1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan
2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus
3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus


Langkah Keselamatan Dalam Litar
guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus

Tindakan Keselamatan
1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
2. Baiki peralatan elektrik yang rosak
3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya
4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah


Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket

Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik
1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa
2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu
3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan
4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas
5. Hubungi ambulans



Image result for matikan sumber listrik utama

                              Matikan sumber elektrik utama                               sebelum menyentuh mangsa

Sunday 12 March 2017

          AKTIVITI :  MENGKAJI CORAK DAN ARAH MEDAN MAGNET
*Apabila arus mengalir melalui suatu konduktor, suatu medan magnet dihasilkan di sekeliling konduktor itu.

*Corak medan magnet yang terhasil bergantung kepada bentuk konduktor. Corak medan magnet diwakili oleh garis medan magnet.

*Semakin rapat garis-garis medan magnet menunjukkan semakin tinggi kekuatan medan magnet yang terbentuk.

*Arah medan magnet bergantung kepada arah arus yang mengalir dalam konduktor itu. Arah medan magnet yang terhasil ini dapat ditunjukkan oleh arah pesongan jarum kompas yang diletakkan disekitar konduktor itu.

*Bagi konduktor dawai lurus, arah medan magnet ditentukan menggunakan PETUA GENGGAMAN TANGAN KANAN.


            
     BAB 3 KEELEKTROMAGNETAN

3.1KESAN MEDAN MAGNET PADA SUATU KONDUKTOR PEMBAWA ARUS

ISTILAH-ISTILAH

         
*MEDAN MAGNET IALAH KAWASAN DI  SEKITAR  SATU MAGNET ATAU SATU KONDUKTER YANG  MEMBAWA ARUS DIMANA SUATU DAYA MAGNET  AKAN BERTINDAK PADA SUATU BAHAN MAGNET.  MEDAN MAGNET TERDIRI DARIPADA GARIS  MAGNET DAN FLUKS MAGNET.

*ARAH MEDAN MAGNET ADALAH ARAH DAYA  MAGNET YANG BERTINDAK PADA KUTUB  UTARA  YANG BERGERAK DALAM MEDAN  MAGNET ITU.

*TERAS BESI LEMBUT IALAH TERAS BESI      TULEN.
ELETROMAGNET
*ELETROMAGNET ADALAH MAGNET YANG  TERHASIL APABILA SATU TERAS BESI LEMBUT  DILILITKAN DENGAN GEGELUNG DAWAI  BERTEBAT DAN ARUS MENGALIR MELALUI  GEGELUNG DAWAI BERTEBAT TERSEBUT.